Panduan untuk Professional

Seni khat bukan hanya tentang mencipta tulisan yang indah, tetapi juga bagaimana ia dapat memberi impak kepada sesiapa yang melihatnya. Keunikan gaya, pemilihan peralatan, dan keupayaan untuk menonjolkan kreativiti menjadikan seorang penulis khat benar-benar berbeza daripada yang lain. Jika anda ingin memperhalusi bakat anda dan menjadikan karya anda lebih bermakna, panduan ini akan membawa anda ke arah yang tepat. Bersedia untuk menjelajahi dunia seni khat dengan lebih mendalam?

     Untuk penulis khat yang profesional, sudah semestinya mereka menggunkan PERALATAN DAN BAHAN YANG BERKUALITI TINGGI supaya hasil tulisan terlihat lebih kemas, tajam, dan tahan lama. Berikut merupakan peralatan dan bahan yang disyorkan:



1. PEN DAN QALAM

HANDMADE BAMBOO QALAM 
- digalakkan qalam yang sudah "pre-cut" mengikut gaya tertentu


PILOT PARALLEL PEN 
- sesuai untuk khat moden dan latihan, serta mudah digunakan dan boleh refill dakwat


SPEEDBALL CALIGRAPHY PEN 
- popular untuk pemula hingga profesional, dan juga banyak saiz mata pen tersedia


2. DAKWAT
 WINSOR & NEWTON CALLIGRAPHY INK
- dakwat premiunm, warna tahan lama, dan sangat popular dalam dunia seni halus


DR. PH. MARTIN'S IRIDESCENT CALLIGRAPHY COLORS
- dakwat yang berkilau, sangat sesuai dan cantik untuk projek khas atau pameran


SUMI INK (JAPAN)
- dakwat hitam yang pekat, "smooth flow"
- menjadi kegemaran oleh penulis khat tradisional

3. KERTAS
CANSON BRISTOL PAPER
- permukaan yang licin yang menyerap dakwat, sesuai untuk kerja khat yang serius

ARCHES WATERCOLOR PAPER (HOT PRESSED)
- tebal, premium, dakwat tidak menyerap dan mempunyai permukaan yang halus


RHODIA PADS
- sangat terkenal dalam kalangan calligrapher
- walaupun harganya murah sedikit, tetatpi tetap licin dan sedap untuk ditulis.

4. AKSESORI


TOMBOW SAND ERASER
- membaiki kesalahan kecil tanpa rosak kertas


ALVIN DRAFTING TAPE
- melekatkan kertas senasa menulis


STAEDLER METAL RULER 
- garis panduan semasa menulis khat


     Bagaimana anda boleh membuat karya yang lebih unik? Teknik adalah kuncinya!!
Oleh itu, sebagai seorang penulis khat yang profesional, haruslah menngetahui dan cakna dengan TEKNIK LANJUTAN DALAM SENI KHAT.

1. KAWALAN TEKANAN TANGAN
 mengubah tekanan tangan ketika menulis boleh menghasilkan garisan tebal dan nipis yang menarik

2. PELBAGAI GAYA KHAT
menguasai gaya khat seperti Thuluth, Diwani, Nasakh, dan sebagainya.

3. SUSUNAN DAN KESEIMBANGAN HURUF
gabungan yang harmoni akan menjadikan karya tampak lebih profesional.
 


No comments:

Post a Comment

Pengenalan

  Seni khat merupakan salah satu warisan penting dalam budaya Islam, terutamanya dalam penulisan Jawi. Ia bukan sekadar seni tulisan, tetap...