Persediaan Penulisan Khat (Alatan)

 ​Sebelum memulakan penulisan khat, adalah penting untuk menyediakan peralatan yang sesuai bagi memastikan hasil yang berkualiti.


Qalam Buluh – diperbuat daripada batang buluh atau resam yang diasah khusus untuk menulis khat. Qalam jenis ini sering digunakan oleh penulis tradisional kerana fleksibilitinya dalam menghasilkan variasi garis.

Qalam Kayu –lebih tahan lama dan digunakan oleh penulis khat profesional.

Qalam Besi – diperbuat daripada logam dan mempunyai mata pena khas untuk menghasilkan tulisan yang lebih kemas dan seragam. Ia lebih tahan lama berbanding qalam buluh dan boleh didapati dalam pelbagai saiz serta reka bentuk mata, bergantung pada jenis khat yang ingin ditulis.

Pen Khat Marker – pen moden dengan mata serong yang sesuai untuk pemula kerana kemudahan pengunaaanya.

Dakwat yang terbaik iakah dakwah yang berkualiti tinggi yang cepat kering dan tidak mudah pudar.

Kertas yang licin dan agak tebal, seperti Art Paper atau Mattart, disarankan untuk memastikan kelancaran penulisan dan mencegah dakwat merebak.

Pelapik dengan permukaan rata dan mungkin mempunyai grid untuk membantu menstabilkan tangan semasa menulis dan ketepatan huruf.

Pensel dan Pemadam – digunakan untuk melakar garis panduan sebelum menulis dengan dakwat

Pisau atau Alat Pengasah –untuk mengasah qalam buluh atau resam bagi mendapatkan mata yang sesuai.

Set Geometri – membantu dalam melakar garis panduan dan memastikan keselarasan tulisan.

No comments:

Post a Comment

Pengenalan

  Seni khat merupakan salah satu warisan penting dalam budaya Islam, terutamanya dalam penulisan Jawi. Ia bukan sekadar seni tulisan, tetap...