Teknik Asas Menulis Khat

 Menulis khat bukan sekadar menghasilkan tulisan yang indah, tetapi juga mencerminkan ketelitian dan kehalusan seni seseorang. Untuk menguasai seni khat dengan baik, pemahaman tentang teknik asas sangat penting. Berikut adalah panduan lengkap mengenai teknik asas menulis khat:


1.ALAT DAN BAHAN

Qalam (Pena Khat) – diperbuat daripada batang atau bahan lain seperti besi atau kayu. Hujung qalam dipotong serong untuk menghasilkan garisan tebal dan nipis.

Qalam Kayu –lebih tahan lama dan digunakan oleh penulis khat profesional.

Dakwat Khat –Dakwat yang pekat dan sesuai untuk menghasilkan tulisan khat yang tajam dan jelas

Kertas –kertas licin dan tidak menyerap dakwat dengan cepat bagi memastikan tulisan kemas dan tidak comot.

2. PEGANGAN QALAM

- Pegang qalam pada sudut 45° atau 90°, bergantung kepada jenis khat yang ditulis.

- Pastikan pergerakan tangan lancar dan tidak terlalu menekan qalam bagi menghasilkan tulisan yang kemas.

3.BENTUK HURUF

- Setiap huruf dalam seni khat diukur menggunakan titik (dot) yang bersaiz sama dengan qalam yang digunakan.

- Huruf mestilah seimbang dan berhubung secara harmoni antara satu sama lain.

4.TEKNIK GARISAN

Tebal dan Nipis – bergantung kepada tekanan yang dikenakan pada qalam semasa menulis.

Pergerakan Lancar - tangan perlu bergerak dengan terkawal dan stabil untuk menghasilkan huruf yang kemas.

5.MENGENAL JENIS-JENIS KHAT

Untuk membantu anda memahami teknik asas menulis khat dengan lebih baik, berikut adalah beberapa video tutorial yang boleh dijadikan rujukan:

TEKNIK MENULIS KHAT NASAKH

TEKNIK MENULIS KHAT RIQA'AH

No comments:

Post a Comment

Pengenalan

  Seni khat merupakan salah satu warisan penting dalam budaya Islam, terutamanya dalam penulisan Jawi. Ia bukan sekadar seni tulisan, tetap...